Musuh utama yang sering ditakuti kaum wanita bagi memperoleh dan mengekalkan kecantikan kulit wajah adalah pancaran matahari.
Pendedahan bagi tempoh lama di bawah pancaran matahari bukan sahaja menjadikan kulit wajah lebih gelap, kurang bersinar dan kasar tetapi juga menyumbang kepada tona kulit yang tidak rata, bertompok serta bintik hitam.
Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti luar seperti bersukan dan bekerja dalam persekitaran yang sebegitu, berpotensi bagi kulit mengalami perubahan warna yang tidak sekata dan rosak.
Keadaan ini adalah biasa kepada wanita di Asia walaupun sebahagian mereka memakai produk perlindungan seperti SPF sama ada dalam kadar yang tinggi mahupun rendah.
Tidak dinafikan, wanita Asia sangat mementingkan penjagaan kulit mereka terutamanya akibat pendedahan dari sinaran ultra ungu (UV).
Ini terbukti melalui satu kajian yang dilakukan kepada wanita di Singapura yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun apabila 88 peratus daripada mereka menggunakan produk kecantikan yang mempunyai sinaran pencegahan UV selain menggunakan SPF yang tinggi untuk melindungi kulit daripada rosak apabila terdedah kepada sinar matahari.
Sehubungan itu, kajian yang dilakukan oleh produk kecantikan Shiseido mendapati walaupun mereka menggunakan SPF tinggi tetapi tetap berlaku kerosakan dan rekahan pada permukaan kulit kerana pelindungan matahari tidak boleh menyerap secara keseluruhan pada kulit.
Bagi melindungi kulit mereka daripada terdedah dengan sinaran UV pada setiap inci, syarikat penjagaan wajah dan kecantikan terkemuka dari Jepun yang sudah diasaskan lebih 137 tahun lalu, Shiseido Co. Ltd. (Shiseido) memperkenalkan produk terbarunya, Shiseido Perfect UV Protector SPF50+PA+++ yang sesuai digunakan untuk keseluruhan badan dan muka.
Penyelidik produk penjagaan kulit & pusat kajian Shiseido, Yousuke Ikebe berkata, produk ini adalah bersifat kalis air dan lembut apabila diusap pada permukaan kulit.
"Ia sangat berkesan untuk melindungi permukaan kulit badan dan muka daripada pancaran matahari yang tinggi dan menyebabkan berlaku kerosakan pada kulit,"katanya yang berpengalaman bekerja bersama Shiseido selama 9 tahun.
Tambahnya, produk ini dicipta menggunakan teknologi tinggi dan bahan-bahan yang digunakan sangat berkesan untuk melindungi kulit daripada sinaran UV.
"Teknologi SuperVeil-UV 360 antara teknologi yang digunakan dalam produk ini sangat berkesan melindungi seluruh badan dan wajah dari sinaran matahari.
"Produk ini juga adalah gabungan thiotaurine dan ekstrak daun jambu mawar yang berperanan melindungi kerosakan kulit yang berpunca daripada keadaan persekitaran yang tercemar.
"Produk ini mempunyai kelebihan kerana boleh dijadikan sebagai asas solekan yang boleh bertahan lama sebelum memakai bedak asas,"katanya.
Katanya, secara purata, wanita yang memakai SPF untuk melindungi kulit mereka agar tidak terdedah kepada sinaran UV perlu memakainya kembali dalam tempoh dua jam selepas itu.
Menurut Yousuke , sebelum produk ini dipasarkan, Shiseido sudah menjalankan kaji selidik kepada beberapa atlet sukan yang sentiasa berjemur di bawah pancaran matahari yang menggunakan produk itu bagi mengetahui sejauh mana ia bertindak dan berkesan.

No comments:
Post a Comment